FAQ Tentang Like Method
Saya nak tahu apa yang Like Method ajar sebenarnya ya?
Like Method mengajar langkah demi langkah untuk menghasilkan iklan di Facebook yang dapat menghasilkan jualan. Ada 2 perkara penting yang diterapkan dan ianya tidak diajar di kursus-kursus lain; menghasilkan avatar pelanggan dan setting iklan yang betul. Avatar pelanggan adalah watak imaginasi pelanggan yang direka sebagai panduan sebelum menghasilkan iklan. Anda akan diterangkan tentang demografik pelanggan seperti umur, tempat tinggal, pekerjaan, minat, status dan lain-lain. Ia penting supaya mesej iklan yang disampaikan adalah tepat dan mensasarkan kepada golongan tertentu sahaja.
Saya newbie dan tak tahu bisnes online. Boleh ke saya join?
Sangat boleh! Ini kerana Like Method menunjukkan cara sebenar untuk beriklan di Facebook. Anda akan mengetahui perkara asas yang tidak pernah didedahkan di seminar-seminar pemasaran online di Malaysia sebelum ini. Bila anda faham dan buat apa yang diajar dalam 21 video serta bonus-bonus dalam Like Method ini, anda boleh melancarkan iklan dengan yakin dan mendapatkan hasil yang lumayan walaupun baru kenal bisnes online.
Apa beza Like Method dengan kursus-kursus atau seminar-seminar online lain?
Anda boleh dapat akses 21 video tutorial selama-lamanya. Anda boleh pause dan tengok balik pada bila-bila masa. Memang sesuai untuk mereka yang sibuk dan tiada masa nak pergi seminar. Malah, anda boleh dapat bantuan daripada ahli-ahli Facebook Group Like Method dan bertanya kepada otai-otai Internet Marketing Malaysia. Selain itu, Like Method juga membentuk komuniti Like Method mengikut negeri. Di sini, anda dapat berjumpa dengan ahli-ahli Like Method lain mengikut negeri anda. Kalau anda pergi seminar, anda tidak akan dapat berhubung dengan peserta lain. Ada yang datang dari Johor, Kelantan, Sabah, Sarawak dan sebagainya. Bila habis seminar, anda akan terkapai-kapai kerana tiada support untuk bermula dan bertanya. Tidak seperti itu di Like Method. Anda berpeluang berjumpa dengan ahli-ahli lain di luar. Inilah masanya untuk anda berkongsi idea, membentuk jaringan dan membantu sesama ahli. Mana tahu anda boleh jumpa bakal bisnes partner atau seseorang yang boleh menawarkan kepakarannya kepada anda.
Selalu course macam ni mesti ada upsell. Betul ke saya perlu bayar sekali je?
Ya, anda hanya bayar sekali sahaja. Tiada upsell. Tiada caj tambahan. Bayangkan anda boleh dapat kesemua 21 video beserta bonus-bonus hebat pada harga seminar 1 hari. Ia adalah pelaburan yang sangat berbaloi anda pernah lakukan untuk meningkatkan jualan bisnes anda.
Siapa yang tidak layak untuk join?
Ada beberapa jenis orang yang tidak patut join Like Method. Jangan terasa sebab Like Method hanya untuk mereka yang serius sahaja, ok?
- Orang yang hanya mahu join untuk cepat kaya.
- Orang yang tidak ambil tindakan setelah menghadam kesemua 21 video tutorial dan bonus.
- Orang yang tidak boleh melaburkan duit dan masa untuk belajar.
- Orang yang tidak suka menambah ilmu pengetahuan dan memperbaiki diri.
Ada buat kelas tak?
Buat masa ini, Like Method hanya menyediakan 21 video tutorial yang anda boleh akses dari Facebook Group Like Method. Setelah pembayaran anda disahkan, anda akan dimasukkan ke dalam Facebook Group tersebut. Ikut segala arahan yang diberikan pada ‘Pinned Post’. Anda boleh tanya di dalam group tersebut dan ahli-ahli lain termasuk otai-otai Internet Marketing akan respon kepada pertanyaan anda, walaupun pada pukul 1 pagi!.
No comments:
Post a Comment